A Message Board, Guestbook, or Poll hosted for your website.
 
Register Login
 
Persada Masyarakat @ Persadaku.Org > Message Board > perkataan baharu
 
Username:  
Password:  
 
   
 


Thread Tools Search This Thread 
Reply
 
Author Comment
 
cikgubesar
Registered: 07/03/08
Posts: 1

    07/10/08 at 02:30 PM
  Reply with quote#1

salam sejahtera,

kita kerap menonton rancangan di media massa dan kita kerap mendengar juruacaranya menggunakan perkataan-perkataan yang kurang sesuai seperti sureheboh dan surebagus.

bagaimanakah perkataan-perkataan ini terbentuk?

dalam bahasa melayu, terdapat proses yang tertentu bagi pembentukan kata seperti pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

adakah perkataan sureheboh dan surebagus telah melalui proses-proses ini?

yang dikhuatiri ialah kanak-kanak yang mendengar perkataan-perkataan tersebut akan menirunya dan menganggapnya sebagai sesuatu yang betul.  lebih rumit lagi kalau para pelajar menggunakannya dalam tulisan mereka sebab mereka menganggap apa yang digunakan di media massa adalah betul.

salam hormat
erdiah
Registered: 07/13/08
Posts: 1

    07/13/08 at 06:13 PM
  Reply with quote#2

Dalam bulan bahasa ini, pelbagai kegiatan giat dijalankan sebagai usaha untuk melestarikan bahasa melayu. Pelbagai pihak memerah keringat untuk memastikan bulan bahasa ini berjalan dengan lancar. Namun melestarikan bahasa kita ini adalah tanggungjawab setiap individu termasuklah media massa. Masyarakat melayu Singapura mempunyai hanya satu saluran khas bahasa melayu untuk mengembangkan lagi bahasa melayu kita. Antara usaha-usaha yang telah dilakukan ialah slot potret bahasa. Slot tersebut membantu semua golongan, bukan sahaja pelajar, untuk memastikan mereka menggunakan bahasa melayu. Usaha Suria juga seperti memaparkan acara bahas juga harus diiktiraf kerana ini mampu mempertingkatkan taraf bahasa melayu. Syabas Suria!

Namum masih ada aspek-aspek yang boleh diperbaiki. Suria juga harus memastikan pengacara-pengacara program menggunakan bahasa melayu yang betul. Tidak kiralah rancangan tersebut berunsur lucu mahupun hiburan. Penggunaan kata-kata seperti “sure heboh” tidak patut digunakan kerana istilah tersebut semestinya bukan istilah melayu yang tepat and ia adalah gandingan bahasa melayu and inggeris. Pasti sekali, perkataan atau istilah tersebut bukan istilah melayu yang baharu dikeluarkan. Bukan mudah untuk mengeluarkan sebuah istilah melayu kerana ia haruslah lahir atau dibentuk dari salah satu dari imbuhan atau apitan, kemajmukan, penggandaan atau kata tunggal. Janganlah memperlekehkan perbentukkan istilah-istilah melayu kerana ia mampu mencemari bahasa melayu yang indah ini. Adalah usaha kita bersama untuk menyahut seruan dan slogan bulan bahasa tahun ini iaitu sempurnakan bahasa, gunakan sentiasa.

shah
Registered: 07/15/08
Posts: 1

    07/15/08 at 11:17 PM
  Reply with quote#3

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Seperti apa yang telah dikatakan oleh cik erdiah, saya amat setuju bahawa segmen potret bahasa yang disiarkan pada setiap hari di stesen tv Suria merupakan sesuatu langkah yang amat baik untuk memupuk penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul di kalangan masyarakat, terutama sekali pelajar-pelajar. Syabas bukan sahaja kepada pihak Suria tetapi juga kepada Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura (KGMS) yang bergabung tenaga bersama Suria untuk menjayakan segmen potert bahasa tersebut.

Saya juga setuju dengan komentar cik erdiah bahawa pengacara-pengacara program yang disiarkan kaca televisyen memainkan peranan yang amat penting. Mereka harus sedar bahawa pengaruh mereka kepada generasi muda kita amat kuat. Perkataan-perkataan yang mereka gunakan itu(walaupun yang salah seperti "power", "fuyoh", "sureheboh" dan "gerek") akan digunakan juga oleh anak-anak muda kita kerana dianggap betul ataupun menarik. Seperti apa yang dikatakan oleh encik cikgubesar, perkara ini merupakan sesuatu yang menjadi rumit dan tidak harus kita ambil ringan seandainya anak-anak muda kita menggunakan istilah-istilah yang salah tersebut dalam kerja-kerja pembelajaran mereka sebagai. Ini sesuatu yang amat membimbangkan kerana salahtanggapan pelajar-pelajar kita ini boleh membawa padah kepada diri mereka sendiri. Mereka menggunakan istilah-istilah yang mereka anggapkan betul, walhal ianya semua tidak wujud dalam kamus dan tidak merupakan perkataan Melayu. Ya, memang benar bahawa kemungkinan besar perkataan-perkataan tersebut digunakan oleh pengacara-pengacara televisyen kita semata-mata untuk nilai komersial sahaja, tetapi pihak-pihak ini harus sedar atas peri pentingnya pengunaan bahasa yang betul,agar golongan muda kita tidak terseleweng dari segi bahasa.

Media massa, yang juga merangkumi radio, akhbar dan internet, menunjukkan bahawa semua pihak memainkan peranan penting. Sebagai contoh, DJ-DJ radio harus cuba senantiasa menggunakan bahasa yang betul walupun bertujuan ingin berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik bersama pendengar-pendengar muda. Perkataan baharu tidak harus digunakan di sebarang wahana, agar bahasa ibunda kita yang jati dapat dilestarikan dan ianya dapat kekal hingga ke bila-bila masa. Bak kata pepatah, takkan melayu hilang di dunia! Bahasa kita melambangkan bangsa kita. Majulah Bahasa, Majulah Budaya dan Majulah Bangsa kita!

Sekian, Wassalam dan Salam hormat.

arini
Registered: 07/21/08
Posts: 1

    07/21/08 at 04:50 PM
  Reply with quote#4

Salam sejahtera semua,

Nampaknya kita semua sama-sama setuju bahawa slot "Potret bahasa" memang berguna kepada masyarkat Melayu untuk mendidik diri kita sendiri dalam penggunaan bahasa Melayu dengan baik dan betul. Apatah lagi potret bahasa ini dan cara pendidikan ini adalah melalu media massa - televisyen. Ia dapat mengembangkan ilmu ini kepada lebih ramai orang.

Apabila kita fikir tentang perkataan baharu, guru Bahasa Melayu saya pernah mengatakan bahawa Bahas Melayu sebenarnya merangkumi berbagai pengaruh bahasa lain seperti Arab dan sebagainya.Tambahan pula Singapura belum lagi menerbitkan kamus kita sendiri. Soalannya sekarang bila akan matllamat untuk menerbitkan kamus itu tercapai? Saya hanya berharap agar kamus itu akan ada agar perkataan-perkataan seperti "gerek" dapat digunakan. (:

Salam sejahtera.

Previous Thread | Next Thread
Reply

  Bookmarks  
Digg Diggdel.icio.us del.icio.usStumbleUpon StumbleUponGoogle Google