yahya

Moderator
Registered: 06/15/08
Posts: 5
|
|
| |
Reply with quote | #1 | Saudara-saudari,
Menurut pemerhatian saya, Bahasa Melayu kini masih agak lambat mengikuti peredaran zaman.
Sebagai contoh, istilah "Telefon Bimbit" yang masih digunakan di mana-mana termasuk di media massa sendiri.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 187, perkataan "membimbit" bererti "menjinjing" dan kamus tersebut memberi contoh ayat: "Ali membimbit bakul untuk ke pasar."
Jelas sekali telefon sekarang ini tidak lagi dibimbit seperti tahun-tahun lapan puluhan ketika telefon "bergerak" (mobile) baru saja diperkenalkan. Seingatnya saya, telefon "bergerak" waktu itu sebesar bateri kereta. Jadi, memang ianya harus dibimbit!!
Sekarang orang menggunakan telefon dengan menggengamnya di telapak tangan. Itu pun kalau tidak menggunakan alat "wireless".
Mudah-mudahan pihak tertentu dapat meningkatkan (upgrade) istilah "Telefon Bimbit" kepada "Telefon Genggam" sesuai dengan perkembangan terkini.
Sekian pendapat saya.
Terima kasih.
Salam Hormat, Yahya Hamid __________________ Emel:
yahya@persadaku.org
yahyahamid@yahoo.com
Silakan Kunjungi Lelaman Internet Fuchun CC MAEC @
http://www.persadaku.org
Lelaman Yahya Hamid @
http://www.yahya.sg |
| Loading... | | |
Lanangkota Registered: 07/19/08
Posts: 3
|
|
| |
Reply with quote | #2 | Istilah telefon genggam ini memang sudah ada dan digunakan oleh sesetengah pengguna bahasa Melayu (dalam bahasa Indonesia, rasanya istilah ini agak popular, khususnya dalam penulisan di media cetak di sana), namun, istilah telefon genggam ini tidak tinggi kekerapan penggunaannya berbanding dengan istilah telefon bimbit (saya kira, sama ada di Singapura ataupun di Malaysia). Mungkin konsep yang dibawa oleh istilah telefon bimbit itu telah diperluas maknanya dan konsep ini yang mula-mula masuk dalam istilah bahasa Melayu. Oleh itu, istilah ini lebih popular dan telah diterima oleh pengguna bahasa Melayu, walaupun istilah telefon genggam diperkenalkan. Begitulah hidupnya bahasa Melayu itu dan inilah lenturnya sifat bahasa Melayu itu. |
| Loading... | | |