puzzlelplayerp Registered: 07/01/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #1 |
Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda kita. Bahasa melayu juga ada kesantunan dalam cara perbicaraan. Kita, orang melayu adalah masyarakat yang mengamalkan nilai budi bahasa.Bahasa juga penting dalam kehidupan seharian kita kerana ia adalah salah satu bahasa yang ditutur di Singapura.Kita hidup dengan orang lain yang selain daripada bahasa dan budaya kita.Bahasa adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan kita kerana bahasa memudahkan untuk kita berkomunikasi dengan orang lain.Nilai budi bahasa yang telah dipupuk kepada kita akan menjadikan komunikasi kita lebih berkesan dan senang diterima oleh orang lain, baik daripada bangsa kita atau bangsa asing.Bahasa melayu mengajar nilai-nilai yang baik kepada kita.Nilai kehidupan kita sebagai seorang melayu adlah baik untuk masyarakat Melayu yang unggul. |
| Loading... | | |
yahya

Moderator
Registered: 06/15/08
Posts: 5
| |
ShahrinIzhar Registered: 07/03/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #3 | Saya juga setuju dengan pendapat anda. Jika kita berhenti menggunakan bahasa Melayu, bahasa Melayu ini mungkin akan pupus. Tetapi ini tidak bermakna bahawa kita hanya mementingkan bahasa Melayu. Kita juga harus boleh berbual dalam bahasa asing.
Jika kita tidak boleh berbual dalam bahasa asing, kita tidak boleh berbual dengan orang-orang yang bukan berbangsa Melayu. Namun, kita semua harus pandai berbual dalam bahasa Melayu dan juga bahasa-bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris.
Salam hormat, Shahrin Izhar |
| Loading... | | |
AhmadFuad Registered: 07/03/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #4 | Seperti yang dikata, bahasa Melayu adalah bahasa ibunda kita. Penggunaan bahasa Melayu, samaada dalam segi lisan ataupun tulisan, harus dikekalkan dalam masyarakat kita. Ini boleh dilakukan dengan berbagai cara, satu-satunya sesenang menggalakkan rakan-rakan kita untuk bersembang dalam bahasa Melayu sebanyak mungkin.
Sekian, Ahmad Fuad, Bukan Pelajar TPJC. |
| Loading... | | |
mai Registered: 07/10/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #5 | selamat sejahtera.
pada pandangan saya, orang melayu harus berbahasa melayu. bahasa membentuk identiti seseorang dan dengan bertutur dalam bahasa melayu yang baik, tentu sekali ramai yang dapat mengenali bangsa kita. masyarakat kita harus berbangga dengan bahasa sendiri kerana itu ia telah digunakan secara turun-temurun. cintailah bahasa ibunda kita.
sekian, terima kasih  |
| Loading... | | |
Atiqah Registered: 07/10/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #6 | Bahasa Melayu kini semakin disia-siakan. Ramai yang lebih cenderung berbahasa Inggeris dalam perbicaraan seharian. Bahkan, ada orang Melayu yang malu untuk bertutur dalam bahasa ibundanya sendiri. Kita harus menghargai bahasa Melayu kerana sememangnya bahasa Melayu itu indah dan melambangkan budayanya yang dikagumi. Oleh itu, pada pendapat saya, semua orang Melayu harus mengekalkan bahasa ibunda sendiri supaya ia tidak akan pupus. |
| Loading... | | |