Safwanah Registered: 07/01/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #1 |
Orang Melayu harus berbahasa Melayu kerana bahasa Melayu adalah bahasa ibunda kita. Bahasa Melayu juga ada kesantunan. Ini menandakan yang masyarakat Melayu mengamalkan nilai budi bahasa. Budi bahasa amat penting dalam kehidupan seharian kita. Kita hidup dengan orang yang berbangsa dan beragama lain. Bahasa akan memudahkan komunikasi kita dengan mereka. Budi bahasa akan membuat komunikasi kita berkesan. Bahasa Melayu menjunjung nilai dalam kehidupan kita. Nilai kehidupan amat penting bagi masyarakat Melayu yang unggul. Kita juga harus berbahasa lain selain Bahasa Melayu supaya dapat berkomunikasi dengan orang asing. Ini dapat memudahkan orang tersebut untuk memahami apa yang sedang kita bualkan. Mempelajari bahasa lain juga akan memudahkan diri kita. |
| Loading... | | |
Helina Registered: 07/03/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #2 |
Sebagai seorang yang berbangsa Melayu, kita patut menggunakan bahasa Melayu apabila hendak berkomunikasi dengan orang yang sama bangsa. Ini kerana bahasa Melayu adalah bahasa ibunda kita dan kita harus menghargai keindahan bahasa Melayu. Untuk memastikan agar bahasa Melayu akan terus berkembang dan digunakan dengan baik, anak-anak muda kita harus dididik dari awal lagi. Ini supaya mereka tidak akan berasa kekok apabila berbahasa Melayu baik dalam keadaan formal atau tidak formal. |
| Loading... | | |
farhanah Registered: 07/10/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #3 |
Pada pendapat saya, saya rasa kita semua sebagai orang Melayu harus berbahasa Melayu kerana ia adalah identiti kita. Kita harus bangga terhadap bangsa kita sendiri. Jika kita bangga terhadap bangsa dan budaya Melayu kita, barulah orang lain akan menyanjungi dan menghormati masyarakat Melayu. Justeru, kita harus memperjuangkan bahasa Melayu kita sehingga akhir zaman! Amin. |
| Loading... | | |
syazwanmuhd Registered: 07/10/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #4 |
Keindahan menggunakan Bahasa melambangkan pendirian kita.Tanpa menggunakan Bahasa sendiri, maka ia akan menyifatkan diri kita sebagai seorang yang malu akan budaya dan jiwa bangsa. Dengan menggunakan bahasa, bahasa itu mampu bersifat dan disinambungkan dengan pendirian diri yang sedang bertutur. Jika tiadanya gunaan bahasa Melayu, adakah ia bermakna kita malu akan ibu bapa, datuk nenek moyang kita yang selama ini berbangsa Melayu? |
| Loading... | | |
ifa Registered: 07/10/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #5 | Saya setuju bahawa Bahasa Melayu harus sentiasa digunakan dengan sempurna oleh masyarakat Melayu kita sendiri. Seperti slogan Bulan Bahasa pada tahun 2008- "Sempurnakan Bahasa. Gunakan Sentiasa". Jika bukan kita yang menggunakannya, siapa lagi? Kita harus berasa malu kerana terdapat bilangan orang yang bukan Melayu yang lebih fasih bertutur dalam bahasa ibunda kita daripada orang Melayu sendiri. |
| Loading... | | |
andika Registered: 07/10/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #6 |
Ya, saya setuju dengan apa yang disampaikan oleh Cik Safwana. Walaupun ia penting bagi kita masyarakat Melayu berbahasa Melayu, kita harus mengikut perkembangan dunia dengan mempelajari perkara yang baru, seperti mempelajari bahasa asing, agar kita boleh maju ke hadapan seperti bangsa-bangsa asing yang lain. |
| Loading... | | |
sha Registered: 07/10/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #7 |
Saya rasa bahawa Orang Melayu harus berbahasa Melayu kerana sebagai Orang Melayu, kita harus berasa bangga terhadap bahasa kita kerana dilahirkan di tanah Melayu dan sentiasa menghidupkan lagi Bangsa Melayu. Namun, kita tidak harus selalu menggunakan bahasa Melayu yang kesat seperti remaja-remaja zaman kini kerana ini akan lagi memberi imej yang negatif terhadap Masyarakat Melayu secara keseluruhan. |
| Loading... | | |
fiza Registered: 07/10/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #8 |
Saya sedia maklum dengan kata-kata Helina dan Safwanah. Kita harus bangga sebagai seorang melayu sejati. Oleh itu, kita harus menunjukkan bahawa kita benar-benar bangga sebagai seorang melayu. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan bahasa melayu semasa perbualan di mana-mana tempat baik di sekolah ataupun di rumah. Dengan menggunakan bahasa melayu, kita boleh memperkuatkan kegunaan bahasa melayu. Ini boleh memperbaiki peperiksaan bahasa melayu. Salam hormat. |
| Loading... | | |
AisyahJ Registered: 07/10/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #9 |
Pada masa kini, orang muda berbangsa Melayu kini kurang mementingkan bahasa Melayu dan lebih cenderung kepada bahasa Inggeris. Namun, penggunaan bahasa Melayu sebenarnya sangat penting untuk mempermudahkan komunikasi di nusantara. Bahkan, orang bukan berbangsa Melayu juga ingin mempelajari bahasa Melayu. Jika bukan kita yang tidak melestarikan bahasa Melayu, siapa lagi? |
| Loading... | | |
aisyahrazali Registered: 07/10/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #10 | Walaupun orang-orang Melayu sering dipandang rendah disebabkan masalah-masalah sosial yang sedan berluasa, seperti masalah dadah dan pergaulan rambang, kita harus tetap bangga dengan status kita sebagai seorang anak Melayu. Dan itu, kita harus kerap menggunakan bahasa Melayu dalam percakapan kita sebeberapa banyak yang mungkin. Ini dapat mempertingkatkan lagi status kita sebagai satu masyarakat Melayu di Singapura ini. Insyaallah. Amin. |
| Loading... | | |
naj Registered: 07/10/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #11 |
Saya setuju dengan pandangan sha dan fiza. Sebagai seorang yang berbangsa Melayu dan dilahirkan di tanah melayu, kita harus bangga dengan identiti kita sebagai seorang yang berbangsa Melayu. Jika kita, orang Melayu tidak mahu berasa bangga dan menaikkan imej masyarakat kita, siapa lagi yang akan berbuat demikian. Setiap orang Melayu ada tanggungjawab tersendiri demi menaikkan dan memupuk identiti Melayu yang harus dibanggakan dalam masyarakat kita. |
| Loading... | | |
sadik Registered: 07/10/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #12 |
Saya rasa orang Melayu haruslah menggunakan bahasa Melayu di mana penggunaannya sesuai dan peluangnya ada. Bangsa itu sendirilah yang perlu mengamalkan bahasa sendiri dan mengembangkannya, kemungkinan bahasa itu akan semakin lemah dan lesap. Namun, dalam penggunaan bahasa Melayu itu, adalah baik jika ianya boleh ditutur dengan betul dan teliti agar tidak hanya merupakan cara berkomunikasi tetapi juga meningkatkan martabatnya di kalangan masyarakat sendiri dan lain. Walaupun orang Melayu harus berbahasa Melayu, kita juga tidak boleh melupakan dan harus akur kepentingan bahasa Inggeris juga di negara dan dunia yang global. Lalu, penguasaan dalam kedua-dua bahasa perlulah seimbang agar dapat berkomunikasi dengan baik bersama bangsa lain di samping menyokong bahasa sendiri. |
| Loading... | | |
AlanYeoh Registered: 07/29/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #13 |
Saya sudah membaca semua pandangan di atas dengan minatnya dan saya setuju sepernuhnya. Berbahasa Melayu dengan sempurna adalah penting bagi semua orang Melayu. Sebagai seorang yang berbangsa cina, saya dapat memahami lebih baik budaya Melayu dengan mempelajari Bahasa Melayu. Ini juga menambahkan pengetahuan saya tentang sejarah Singapura terutama banyak jalan-jalan di sini adalah dalam Bahasa Melayu, termasuk juga lagu kebangsaan kita. Sejarah Singapura berkaitan sangat dekat dengan sejarah bangsa Melayu. Saya percaya dengan lebih memahami bahasa Melayu hubungan antara kaum di sini akan meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Saya ingin mengucapkan Tahniah kepada penganjur Bulan Bahasa 2008 dan juga penganjur E-Forum ini. |
| Loading... | | |