A Message Board, Guestbook, or Poll hosted for your website.
 
Register Login
 
Persada Masyarakat @ Persadaku.Org > Message Board > Orang Melayu Harus Berbahasa Melayu
 
Username:  
Password:  
 
   
 


Thread Tools Search This Thread 
Reply
 
Author Comment
 
zahinali
Registered: 07/01/08
Posts: 1

    07/01/08 at 01:25 PM
  Reply with quote#1

Orang Melayu harus berbahasa Melayu kerana ia bahasa ibunda mereka dan kerana bahasa Melayu ada kesantunan. Kita adalah masyarakat yang mengamalkan nilai budi bahasa. Budi bahasa sangat penting dalam kehidupan seharian kerana ia membuat komunikasi kita berkesan dan ia juga memudahkan komunikasi kita dengan orang lain. Bahasa Melayu juga menunjung nilai dalam kehidupan kita dan nilai kehidupan adalah penting bagi masyarakat Melayu yang unggul. Dengan ini, jikalau kita menuntut bahasa Melayu dengan baik, orang-orang lain akan lebih menghormati kita dan kita boleh bertutut dalam bahasa Melayu dengan lebih baik. 


__________________
zahin
izza
Registered: 07/10/08
Posts: 1

Contact using MSN

    07/10/08 at 02:49 PM
  Reply with quote#2

Pada pendapat saya,orang melayu harus berbahasa melayu kerana kita adalah waris bahasa itu sendiri.Pihak pemerintah singapura sendiri bimbang akan pupusnya bahasa melayu.Dengan itu,mereka telah memperkenalkan pelbagai usaha demi memastikan yang bahasa melayu tetap kekal.Sebagai contoh,pihak kerajaan telah memperkenalkan bahasa melayu sebagai bahasa ketiga supaya pelajar-pelajar bahasa lain dapat mempelajari bahasa melayu di sekolah-sekolah.Usaha-usaha ini mungkin tidak diperlukan sekiranya orang melayu sendiri gemar berbahasa melayu.Dengan itu orang melayu harus memikirkan tentang mengapa kita kurang minat melestarikan bahasa melayu sedangkan ia lambang identiti kita dan bergantung kepada bangsa lain untuk bantu mengekalkannya.sekian,terima kasih(:

Lanangkota
Registered: 07/19/08
Posts: 3

    07/22/08 at 09:12 AM
  Reply with quote#3

Walau sekejap manapun kita mengelek bahasa orang, bahasa kita, bahasa Melayu tetap utuh kita junjung. Jika tidak kita siapa lagi, bahasa kita, kitalah yang bertanggungjawab untuk melestarikannya. Jangan jadi seperti orang Hawaii yang kini sedang meratapi kepupusan bahasa ibunda mereka, iaitu bahasa Hawaii, semuanya angkara terlalu mengagungkan bahasa orang lain.
Previous Thread | Next Thread
Reply

  Bookmarks  
Digg Diggdel.icio.us del.icio.usStumbleUpon StumbleUponGoogle Google