farhanny Registered: 07/01/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #1 |
Orang Melayu harus berbahasa Melayu kerana ia adalah bahasa ibunda kita. Bahasa Melayu juga mempunyai kesantunan. Ini menunjukkan bahawa masyarakat kita adalah masyarakat yang mengamalkan nilai budi bahasa. Budi bahasa adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Kita hidup di sebuah suasana yang termasuk orang lain. Bahasa memudahkan kita berkomunikasi dengan orang lain. Budi bahasa yang diperolehi membuat berkomunikasi lebih berkesan. Bahasa Melayu menjunjung nilai dalam kehidupan kita. Demi mempunyai masyarakat Melayu yang unggul, nilai kehidupan amat penting. Kita tidak seharusnya selalu sahaja berbahasa dengan bahasa yang asing. |
| Loading... | | |
farahain Registered: 07/10/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #2 |
Kita sebagai masyarakat Melayu harus melestarikan bahasa kita sendiri. Jika kita tidak berbahasa Melayu, siapa lagi yang akan berbahasa Melayu? Kita sering mendengar orang-orang Melayu yang bertutur dalam bahasa asing. Kita sepatutnya malu dengan diri sendiri jika kita berbuat demikian. Saya rasa, kita tidak patut bertungkus-lumus mengagung-agungkan bahasa lain sedangkan bahasa ibunda kita sendiri diabaikan. Dari itu, orang Melayu perlu bertutur dalam bahasa Melayu. Saya pasti dengan kerjasama semua pihak, dapatlah bahasa dan juga budaya Melayu kita ini dikekalkan. Dengan itu, terungkaplah kata-kata Hang Tuah "Tidak Akan Melayu Hilang Di Dunia". |
| Loading... | | |
malyanah Registered: 07/10/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #3 |
Sememangnya, sebagai orang Melayu, kami haruslah mengagungkan bahasa Melayu. Di dalam era globalisasi ini, bahasa Inggeris semakin berleluasa dan sering digunakan sebagai pertuturan seharian orang Melayu. Ini tidaklah salah, tetapi, orang Melayu haruslah bijak dan tidak mengetepikan bahasa sendiri. Jikalau di tempat kerja atau sekolah, bahasa Inggeris menjadi bahasa pertuturan yang utama, berusahalah untuk berbahasa Melayu di rumah dan di tempat-tempat lain. Sebagai contoh, sewaktu menghadiri upacara keramaian seperti majlis persandingan. Seandainya,ini dapat dilakukan, dapatlah bahasa Melayu kekal dan tidak luput dek arus masa. |
| Loading... | | |