A Message Board, Guestbook, or Poll hosted for your website.
 
Register Login
 
Persada Masyarakat @ Persadaku.Org > Message Board > Bahasa Kita Indah
 
Username:  
Password:  
 
   
 


Thread Tools Search This Thread 
Reply
 
Author Comment
 
syahirsyazwan
Registered: 07/01/08
Posts: 1

Contact using MSN

    07/01/08 at 09:41 AM
  Reply with quote#1

Bahasa Melayu kita sememangnya indah. Bahasa yang telah disempurnakan sejak zaman Kerajaan Melaka dalam abad kelima belas Masihi. Sejak itu, bahasa yang mengungkap sebilangan besar ilmu digunakan secara mengenai kehidupan dan alam sekeliling.

Bahasa Melayu yang berkembang menurut lingkungannya menjadi bahasa pengantar pada usaha-usaha perdagangan, undang-undang dan seumpamanya. Pelbagai bahan ilmiah dan sastera dihasilkan dengan penggunaan Bahasa Melayu yang tepat lagi indah.

Sebilangan besar masyarakat mula mengkaji Bahasa Melayu dan tatabahasa Melayu yang mantap dikaji dan dibukukan. Perbahasan mengenai unsur-unsur alam dan kehidupan dicatat dengan penggunaan kosa kata dan susunan ayat yang lengkap. Bahasa Melayu terpelihara dari segi penggunaan dengan banyak kitab bahasa yang dihasilkan.

Orang Melayu terkenal kerana nilai hidup dan budinya yang tinggi. Pelbagai istilah dan peribahasa dan ungkapan dihasilkan bagi merakam pemahaman dan pemikiran masyarakat sejak zaman silam dikumpulkan dan dikaji hingga hari ini Daripada sebilangan besar kajian yang dilakukan banyak ungkapan yang mengatur kehidupan sama ada persendirian atau bermasyarakat memberikan arah keharmonian hidup seseorang individu dengan alam dan masyarakatnya. Peribahasa seperti "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian" mengatur seseorang insan Melayu harus bijak menghadapi masalah dalam hidup peribadinya. Peribahasa "Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing" memberi arahan agar hidup bekerjasama dengan setiap anggota masyarakat adalah nilai yang banyak manfaat.

Hingga hari ini, nilai ilmu amat tinggi dalam kehidupan masyarakat kita. Ilmu tentang kehidupan seperti kemahiran berniaga, mepertingkatkan keupayaan fizikal dan mental banyak dibuat dan dibukukan. Sejak dahulu lagi, masyarakat kita menyumbang untuk kesejahteraan hidup sejagat dibuat dan dikitabkan. Masyarakat kini mendapat manfaat daripada semua usaha sedemikian.

Bahasalah yang digunakan untuk mengungkap setiap nilai dan ilmu. Gaya yang presis digunakan untuk mengungkapkan ilmu-limu yang bernas. Masyarakat harus mengkaji semula semua yang telah dihasilkan bagi melangsungkan kehidupan hari ini.

Kesilapan sebahagian besar masyarakat kita hari ini tidak melihat keindahan itu dengan susunan dan ayat yang mempunyai makna langsung. Mereka yang tidak berjaya menguasai kemahiran bahasa akan mendapati segala usaha bijak pandai tidak membawa makna.
nadia
Registered: 07/10/08
Posts: 1

    07/10/08 at 02:45 PM
  Reply with quote#2

Ibu bapa saya sentiasa mengingati saya tentang kepentingan Bahasa Melayu. Saya hairan mengapa ramai belia-belia yang tidak gemarkan bahasa melayu sedangkan ia adalah bahasa yang indah yang patut kita banggakan. Ini kerana mereka berfikiran bahawa bahasa Inggeris lebih penting. Tetapi, saya tidak setuju   kerana bahasa Melayu sungguh indah!

Previous Thread | Next Thread
Reply

  Bookmarks  
Digg Diggdel.icio.us del.icio.usStumbleUpon StumbleUponGoogle Google