A Message Board, Guestbook, or Poll hosted for your website.
 
Register Login
 
Persada Masyarakat @ Persadaku.Org > Message Board > Bahasa Celaru!! Salah Siapakah Itu??
 
Username:  
Password:  
 
   
 


Thread Tools Search This Thread 
Reply
 
Author Comment
 
syahirah
Registered: 07/01/08
Posts: 1

    07/01/08 at 09:40 AM
  Reply with quote#16

pada pendapat saya, bahasa melayu tidak akan kekal sehingga tahun-tahun akan datang jika hal sebegini terus berlaku.jadi, kita haruslah menggunakan bahasa melayu dengan betul dan tidak mencampur adukkannya dengan bahasa lain.
~CINTAILAH BAHASA IBUNDA KITA!~
matin
Registered: 07/01/08
Posts: 1

    07/01/08 at 09:42 AM
  Reply with quote#17

Saya setuju dengan komen nyet. Dalam zaman moden ini, lebih banyak orang yang bertutur dalam Bahasa Inggeris dalam perbualan harian. Selain dari itu, banyak orang masa kini mendapati bahawa menggunakan bahasa pasar, bahasa celaru lebih mudah kerana kita dapat memahami kata-kata mereka tanpa mengikut susunan tatabahasa dan struktur ayat.

Walau bagaimanapun, kita patut menggunakan bahasa baku supaya bahasa kita akan selalu indah.
welly
Registered: 07/03/08
Posts: 1

    07/03/08 at 11:23 AM
  Reply with quote#18

Pada pendapat saya, orang Melayu yang harus disalahkan. Sebagai orang Melayu, mereka harus pandai menggunakan bahasa ibunda mereka.Malahan mereka lebih suka menggunakan bahasa Melayu bercampuran dengan bahasa asing. Jadi bahasa celaru itu disebabkan oleh mereka yang menggunakan bahasa yang salah hanya demi kemudahan mereka sendiri ketika sedang berkomunikasi.

monster
Registered: 07/10/08
Posts: 1

    07/10/08 at 02:24 PM
  Reply with quote#19

KEsalahan itu terletak kepada individu sendiri dan cara dia dibesarkan oleh ibu-bapa mereka. Di dalam masyarakat yang mementingkan bahasa inggeris lebih dari bahasa melayu, ramai yang menggunakan kedua-dua bahasa di rumah, menyebabkan mereka bertutur dalam bahasa "rojak" ataupun dwibahasa. Perkataan seperti, "sure bagus, sure heboh" yang menggabungkan bahasa inggeris dan bahasa melayu semakin kerap digunakkan dalam masyarakat kita.

nenek_k
Registered: 07/10/08
Posts: 1

    07/10/08 at 02:31 PM
  Reply with quote#20

Assalamualaikum.

Hendak menyalahkan masyarakat Melayu sepenuhnya tidaklah wajar. Berlakunya bahasa celaru ini kemungkinan besar disebabkan penyejagatan dan peredaran zaman. Semakin teknologi berleluasa, media massa lebih banyak mempengaruhi aspek-aspek kehidupan seorang individu. Lantas, ia lebih mudah untuk individu-individu terdedah dengan budaya yang pelbagai dan ini dengan sekaligus dapat menjejas cara pertuturan masyarakat umum pada dewasa ini.  

__________________
Jadi kau mahu bertentang dengan aku?!
AISZ
Registered: 07/10/08
Posts: 1

    07/10/08 at 02:32 PM
  Reply with quote#21

Pada pendapat saya, saya tidak menggalakkan belia Melayu menggunakan Bahasa celaru. Ini akan mencemarkan keindahan Bahasa Melayu kita. Orang-orang yang gunakan bahasa ini harus berasa malu. Kita harus cuba sedaya-upaya untuk menghentikannya.

bendahara
Registered: 07/10/08
Posts: 1

Contact using MSN

    07/10/08 at 02:41 PM
  Reply with quote#22

assalamualaikum.
 
terbitnya bahasa celaru kemungkinan besar kerana terdedahnya kita dengan penggunaan bahasa inggeris dalam kehidupaan seharian. masyarakat melayu yang tidak bertanggung jawab suka menggabungkan kedua dua bahasa ini dalam pencakapan biasa; terutama sekali pengguna itu adalah orang yang bertokoh seperti para pelakon atau seniman.
sekian

__________________
berpanjikan seni warisan kita
liy
Registered: 07/10/08
Posts: 1

    07/10/08 at 02:43 PM
  Reply with quote#23

Pengguanaan bahasa melayu yang salah disebabkan beberapa faktor.Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengguna bahasa melayu sendiri yang harus disalahkan kerana tidak mengambil peduli apabila telah menggunakan bahasa melayu yang salah seperti bahasa rojak.Namun masyarakat juga bersalah dalam hal ini kerana mereka tidak menghalang perkara ini dari berleluasa.Pernakah anda menegur rakan anda apabila beliau bercakap dengan anda dalam bahasa rojak?Tidakkan?

Saya rasa kita tidak harus mencari siapa yang bersalah dalam hal ini dan menunding jari kepada sesiapa.Tanya diri sendiri dahulu.Sebaliknya kita harus mencari jalan  penyelesaian agar ia tidak terus berterusan hingga ke generasi-generasi yang akan datang.
CahayaSufi
Registered: 07/11/08
Posts: 1

    07/11/08 at 05:24 PM
  Reply with quote#24

Saya mulakan dengan salam pada semua.

Sesungguhnya, tiada siapa lagi yang harus dipersalahkan dalam hal ini selain masyarakat melayu sendiri. Dahulu nya, biarpun dengan pemikiran kolot dan berbahasa "pasar", namun bahasa melayu adalah milik kita seutuhnya. Dengan kekata yang lembut dan halus.

Pada zaman serba baru ini, segalanya telah berubah. Bahasa melayu telah pun dicampur aduk dengan bahasa inggeris. Tidak perlu melihat jauh, yang terdekat adalah di lelaman ini sendiri. Perkataan inggeris seperti "message board" digunakan di lelaman yang sepatutnya mengalu-alukan penggunaan bahasa melayu. Bukankah " Papan pesan" kekata yang lebih baik sebagai ganti? Malahan, borang daftar diri dilelaman ini juga didalam bahasa inggeris.

Apakah anak-anak melayu sekarang benar-benar sudah hilang kebolehan memahami bahasa ibunda. Mungkin akan ada yang memberi alasan seperti " inikan lelaman alaf baru, mestilah dalam bahasa inggeris" atau alasan seperti  " lelaman ini buat semua, supaya orang dari bangsa berlainan juga dapat memahami isi lelaman ini". Tetapi maaf saya katakan, ini semua sekadar alasan.

Bagi saya, kalau hendak melentur, biar dari rebungnya. Kalau sememangnya masyarakat kita sudah tidak lagi membanggakan bahasa ibunda kita sendiri, apalah gunakan menuding jari pada yang lain.

Kalau dahulu disekolah, untuk mendapat markah tertinggi bagi bahasa melayu adalah satu kebangaan buat saya dan keluarga, tetapi dizaman ini, anak yang cemerlang dalam bahasa ibunda tidak dihargai seperti mana mereka yang cemerlang dalam bahasa inggeris. Memalukan lagi adalah, kebanyakan keluarga melayu setempat kita bangga bila bahasa inggeris anak meraka A1 sementara bahasa ibunda setakat gred B3 sahaja?

Malu juga apabila didalam MRT, apabila ibu-ibu zaman sekarang banyak berbahasa inggeris dengan anak-anak kecil mereka. "No , cannot , mama say cannot" Padahal boleh sahaja bercakap bahasa melayu. Sangat memalukan.

Mungkin pada saat ini, saya jarang menggunakan bahasa melayu ditempat kerja,tiada teman melayu yang lain nya, namun apabila bersama dengan keluarga saya, saya membiasakan kami sekeluarga berbahasa melayu terutama sekali adik perempuan saya yang akan menduduki Peperiksaan Akhir Sekolah Rendah(PSLE) tahun ini.

Ini sekadar pendapat dan harap tidak menyinggung sesiapa.

__________________
Dari dulu sehingga kini, Martabatkanlah Bahasa Ibunda!
yahya
Avatar / Picture

Moderator
Registered: 06/15/08
Posts: 5

Contact using Yahoo

    07/12/08 at 03:21 PM
  Reply with quote#25

Sdr/i Cahaya Sufi,

Menurut pandangan anda:

"Perkataan inggeris seperti "message board" digunakan di lelaman yang sepatutnya mengalu-alukan penggunaan bahasa melayu. Bukankah " Papan pesan" kekata yang lebih baik sebagai ganti? Malahan, borang daftar diri dilelaman ini juga didalam bahasa inggeris."

Beberapa istilah Bahasa Inggeris dalam E-Forum ini tidak dapat dirubah kerana iannya ditetapkan oleh pemilik perangkat lunak (software), websitetoolbox.com.

Kami hanya menyewa ruang dari mereka untuk E-Forum ini.

Sekian. Harap maklum.

Yahya Hamid

__________________
Emel:
yahya@persadaku.org
yahyahamid@yahoo.com

Silakan Kunjungi Lelaman Internet Fuchun CC MAEC @
http://www.persadaku.org

Lelaman Yahya Hamid @
http://www.yahya.sg
Lanangkota
Registered: 07/19/08
Posts: 3

    07/19/08 at 11:20 AM
  Reply with quote#26

Adakah sistem bahasa itu yang bercelaru atau carcamarba atau pengguna bahasa itu sendiri yang berserabut alur fikirnya atau yang tidak galir lidahnya. Bagi saya, apa-apa jua bahasa dalam dunia tentu ada sistemnya dan tidak terkecuali bahasa Melayu. Malah, apa-apa jua bahasa mampu mengungkapkan semua hal dalam semua ranah kehidupan ini. Sekali lagi tidak terkecuali bahasa Melayu. Prasarana linguistik bahasa kita sudah mantap dan telah berkembang kerana bahasa ini ialah bahasa yang hidup. Sekarang ini, cubalah kita cerlung ke dalam diri kita, dan tanyakan: Adakah bahasa ini yang ketinggalan atau kita sendiri yang ditinggalkan oleh bahasa ini sehinggakan kita tidak mampu bertutur dengan baik dan betul dalam bahasa kita.
Previous Thread | Next Thread
Page 2 of 2    < 1  |  2
Reply

  Bookmarks  
Digg Diggdel.icio.us del.icio.usStumbleUpon StumbleUponGoogle Google