mahat Registered: 06/15/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #1 |
Posted by Sdr Mahat Abbas on 22:51:39 09/04/08 Salah pengguna bahasa Melayu sendirilah. Menurut Dato Dr Hassan Ahmad dalam makalahnya: “Kecelaruan Bahasa Melayu Dari Faktor Dalam”, bahasa itu sendiri tidak salah. Menurut Dr Hassan lagi: Timbulnya kecelaruan adalah akibat kita menggunakan peraturan bahasa kedua atau bahasa orang lain sebagai ukuran untuk mengatakan bahawa peraturan bahasa Melayu yang “asal” itu salah. Bila orang Melayu berasa terpaksa bergantung kepada bahasa Inggeris, umpamanya, atau kata-kata bahasa Inggeris untuk menyampaikan maksudnya apabila mereka berbual-bual dengan orang Melayu dalam bahasa Melayu. Inilah punca timbulnya ragam bahasa Melayu baru. Atau Bahasa Melayu Rojak. Kesalahan bahasa pula timbul apabila apabila bahasa yang digunakan itu menyalahi peraturan bahasa “asli” Melayu. Bagi saya, kecelaruan bahasa itu menunjukkan sikap pengguna bahasa itu sendiri. Kalau pengguna bahasa Melayu yang umumnya orang Melayu tidak mengambil peduli tentang bahasanya; apabila bercakap asbun* dan asbol** sahaja, jangan salahkan bahasa Melayu. Bercerminlah diri!! Hanya dengan menyalahkan diri sendiri, barulah kita dapat memperbaiki diri. Terima kasih. *Asbun: Asal bunyi **Asbol: Asal boleh |
| Loading... | | |
izyanliana Registered: 07/01/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #2 | Pada pandangan saya, bahasa celaru itu salah diri pengguna bahasa itu sendiri. Seseorang itu seharusnya tahu akan bahasanya dengan baik. Dia tidak sepatutnya mencampur adukkan bahasa lain dengan bahasa Melayu kita sendiri. |
| Loading... | | |
lairon Registered: 07/01/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #3 |
Pada pendapat saya, bahasa celaru bukanlah salah pengguna sahaja. Cara orang lain berbicara, maupun kawan, orang tua atau orang lain boleh mempengaruhi cara mereka berbicara. __________________ I hate school.
|
| Loading... | | |
sitiaisyah Registered: 07/01/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #4 |
Pada pendapat saya, saya setuju bahawa bahasa celaru adalah salah pengguna bahasa Melayu sendiri. Pengguna bahasa Melayu boleh merangkumi orang Melayu dan juga mereka yang bukan melayu. Oleh kerana itu, dengan tidak sengaja, mereka akan mencampur adukkan bahasa kedua atau bahasa lain dalam perbualan mereka. Saya rasa masalah ini dapat diatasi jika pengguna bahasa Melayu dapat menggunakannya dengan dengan baik. |
| Loading... | | |
muhd_syafiq Registered: 07/01/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #5 |
pada pendapat saya, saya amat setuju dengan apa yang telah dikemukakan ini. Ini mungkin disebabkan kita warga Singapura tinggal di kalangan orang yang berbilang budaya dan bahasa. Akibatnya, masa demi masa, pelbagai bahasa dicampur aduk menjadi satu dan menyebabkan orang Melayu kita sendiri menggunakan bahasa celaru ini. Apa yang sepatutnya pesalah-pesalah yang menggunakan bahasa sebegini harus lebih berwaspada dengan apa yang dikatakan selalu dan cuba mefasihkan diri dalam bahasa Melayu yang sewajarnya. |
| Loading... | | |
fazleenk

Registered: 07/01/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #6 |
Saya setuju bahawa bahasa celaru itu datang daripada pengguna bahasa itu sendiri. Apabila seseorang itu mencampur adukkan bahasa lain dengan bahasa Melayu, ia menimbulkan masalah kerana mereka boleh mempengaruhi orang orang yang berada di sekelilingnya. __________________ -----------------------
f a z l e e n k [: |
| Loading... | | |
nyet Registered: 07/01/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #7 | FaNyet    Pada pendapat saya, anak-anak Melayu seperti saya tidak patut disalahkan kerana di zaman moden seperti sekarang, bahasa Melayu jarang digunakan di dalam pelajaran kurikulum. Bahasa yang digunakan dalam peperiksaan juga menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, kita tidak mempunyai banyak peluang untuk melatih dan mengasah bahasa Melayu kita. Khidmat pesanan ringkas (SMS) juga menyumbang kepada masalah kerana, jika kita ingin bertutur dalam bahasa yang lengkap dan sempurna, harganya akan melambung. Namun, kita juga memang patut disalahkan kerana tidak mempunyai sikap initiatif untuk meningkatkan bahasa ibunda kita sendiri. Saya rasa, demi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu anak-anak muda kita kini, ianya memerlukan kerjasama sesama masyarakat. Generasi muda tidak patut disalahkan atas segalanya. Saya akan cuba untuk bertutur dalam bahasa Melayu apabila berada di rumah ataupun sesama teman-teman. Walaupun kadang-kadang terasa janggal dan kekok, lama-lama, ianya akan terasa biasa seperti peribahasa 'Alah bisa tegal biasa' Nyet |
| Loading... | | |
muhdamirul93 Registered: 07/01/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #8 |
Saya berpendapat yang Bahasa Melayu kita amat indah. Ia tidak seharusnya ditukar kepada bahasa yang lain ataupun dicampur-adukkan dengan bahasa lain. |
| Loading... | | |
puteri_nadiah Registered: 07/01/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #9 |
Saya setuju. Bagi saya, pengguna bahasa tersebut haruslah bijak menggunakannya dan jangan sesekali cuba menyalahgunakan bahasa tersebut. Bahasa yang didengari orang mencerminkan bangsa yang menggunakannya. Tentunya, kita tidak mahu mengemukakan imeg yang kurang baik terhadap orang ramai. |
| Loading... | | |
mindsnare Registered: 07/01/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #10 |
Saya setuju dengan komen Sdr Mahat Abbas. Saya berpendapat Bahasa Melayu ini unik dan indah. Kita tidak seharusnya bercakap bahasa kita dengan asbun dan asbol ataupun mencampur adukkan bahasa kita dengan bahasa lain. Sia-sia kita ke sekolah belajar Bahasa Melayu jika kita tidak bercakap dan menggunakannya dengan betul. |
| Loading... | | |
SAFiah Registered: 07/01/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #11 |
SAFiah 3L1  Saya berpendapat bahawa memanglah sikap sebahagian pengguna bahasa Melayu tidak bersikap bertanggungjawab. Terutamanya jika mereka mengunakannya dengan cara 'asal boleh' sahaja. Namun, tidak patut menuding jari begitu sahaja. Daripada pengetahuan saya, inti-pati masalah ini terbit kerana anak-anak muda generasi kini tidak dibimbing dari asas dengan bahasa Melayu yang indah. Disebabkan inilah mereka terbiar mengubah suai bahasa ini supaya sepadan dengan lenggang-lengguk perbualan mereka. Dalam dunia yang semakin pantas berubah menjadi sebuah alam yang penuh dengan komunikasi. Tidak hairan jika dinyatakan bahawa Inggeris adalah bahasa global yang mengizinkan kaum yang berlainan bangsa dan bahasa untuk berkomunikasi. Disebabkan ini, orang dewasa berfikir ia lebih penting untuk anak mereka fasih dalam bahasa Inggeris. Berbanding kepada bahasa Melayu, yang tidak boleh dinafikan, memang semakin pudar. Demi inilah, tidak dengan sepenuhnya kita boleh menuding jari kepada masyarakat Melayu tentang apa yang telah berlaku kepada bahasa Melayu kini. |
| Loading... | | |
z Registered: 07/01/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #12 | Jika bahasa bercelaru, siapakah yang patut dipersalahkan? Terdapat pelbagai pendapat yang berbeza tentang siapa atau apa yang patut dipersalahkan. Memang, bahasa Melayu tidak patut dipersalahkan kerana walau apa cara sekali pun, bahasa Melayu tetap bahasa Melayu. Mungkin individu itu sendiri yang patut dipersalahkan kerana mencelarukan bahasa kita. Namun, ia juga merupakan kesilapan orang-orang di sekeliling individu tersebut kerana tidak cuba untuk membetulkannya. Ia merupakan tanggungjawab bagi orang-orang di sekelilingnya untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan mereka. Jika tidak, individu itu tidak akan menyedari kesalahannya dan akan terus mencelarukan bahasa kita yang indah. Walau bagaimanapun, hal yang sebaliknya berlaku. Masyarakat sekeliling hanya membiarkan dan mendiamkan individu-individu seperti ini. Bukan itu sahaja, mereka juga akan menyalahkan individu-individu ini kerana mencelarukan bahasa Melayu, walaupun mereka juga melakukan kesilapan. Bahasa Melayu patut dikekalkan supaya dapat diwarisi generasi-generasi yang akan datang. Jika hal sebegini berlaku, bahasa apakah yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita? Wujudnya pepatah 'Takkan hilang Melayu di dunia'. Pada pendapat anda semua, dapatkah bahasa Melayu kita kekal sehingga tahun-tahun akan datang jika hal sebegini terus berlaku? Fikirkanlah. |
| Loading... | | |
sabriNA Registered: 07/01/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #13 |
Pada pendapat saya, keindahan Bahasa Melayu amat dihargai. Ia hanya menjadi celaru apabila penggunanya sendiri mencampur-adukkan Bahasa Melayu dengan pelbagai bahasa yang lain. Sebagai warga Singapura, memang kita dikelilingi mereka yang berlainan bangsa. Cara mereka bertutur juga amat berbeza. Mungkin kerana ini, kita telah terbiasa menggunakan bahasa lain sehinggakan kita terikut-ikut  |
| Loading... | | |
Ahmad Registered: 07/01/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #14 | Saya setuju dengan pendapat/pemahaman Dato Dr Hassan Ahmad. Bahasa Melayu memanglah indah dan unik dengan sendirinya. Bukanlah kesalahan bahasa, tetapi pengguna yang mencelarukan bahasa melayu ini.
|
| Loading... | | |
tiaraaaaa

Registered: 07/01/08
Posts: 1
|
|
| |
Reply with quote | #15 |
Pada pendapat saya, cara kita menggunakan bahasa adalah sesuatu perkara yang subjektif. Ada yang suka mencampur adukkan bahasa tetapi ada pula yang berpendapat bahawa bahasa tidak seharusnya dicampur dan digunakan "asal boleh" sahaja. |
| Loading... | | |