|

|
E-FORUM
BAHAS
BAHASA
Diselenggarakan oleh:
Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan
Melayu (MAEC)
Kelab Masyarakat
Fuchun, Singapura
www.persadaku.org
|

|
|
|
|
|
|
|
|
E-Forum Terbuka
ini dianjurkan oleh
Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Fuchun
sebagai suatu wadah untuk kita berbincang-bincang dalam usaha
memertabatkan Bahasa Melayu di mata dunia.
The Open E-Forum is organised by Fuchun Community Club Malay Activity Executive Committee
(MAEC), Singapore, to discuss the Malay Language.
|
|
Dengan Segala Hormatnya.....
Saudara-Saudari,
Syukur kepada Yang Maha Kuasa kita dilanjutkan usia
dan berada dalam keadaan sihat sejahtera untuk bertemu sekali lagi di
E-Forum ini
sebagai lanjutan dari usaha kami memertabatkan
Bahasa Melayu.
Alhamdulillah, dengan banyaknya sumbangan pendapat di
E-Forum ini sejak ianya dimulakan sempena
Bulan Bahasa 2006 & 2008 di Singapura, kami merasakan perlu untuk
dilanjutkannya melewati bulan-bulan bahasa, dalam usaha kami "membolehkan
Bahasa Melayu memainkan peranan penting sebagai wahana komunikasi yang
cekap dan berkesan".
Kami sendiri dapat merasakan keghairahan
para penyumbang pendapat di
E-Forum
Bahas Bahasa ini, dan kami yakin
bahwa mereka hanya didorong oleh rasa cinta terhadap
Bahasa Ibundanya dan rasa keprihatinan terhadap kedudukan Bahasa Melayu
dewasa ini dan di masa depan.
Dengan demikian, kami mengharapkan
E-Forum
Bahas Bahasa
ini bertambah rancak hendaknya.
Kami sangat berharap Anda akan merasa
terpanggil untuk sekali lagi menyumbang pendapat, saranan mahupun
tanggapan di
E-Forum
Bahas Bahasa
yang
kami selenggarakan ini.
Dengan tulus ikhlas kami mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih sebelumnya.
Salam Hormat dari kami,
Yahya Hamid
Pengerusi
Jawatankuasa Kegiatan Melayu
Kelab Masyarakat Fuchun
MARI KITA LANJUTKAN!!
MARI KITA LANJUTKAN!!
MARI KITA LANJUTKAN!!
MARI KITA LANJUTKAN!!
Emel:
yahya@persadaku.org
Lungsuri Lelaman Kami di:
www.persadaku.org
-
Dapatkah Bahasa Melayu memainkan peranan penting
sebagai wahana komunikasi? Bagaimanakah caranya?
-
Dalam bidang apakah Bahasa Melayu dapat menjadi
wahana komunikasi yang cekap & berkesan? Mengapa?
-
Sejauh manakah kedayaan (kemampuan) Bahasa Melayu
dapat diungkapkan dalam pelbagai bidang?
-
Tidakkah sikap dan rasa percaya diri seseorang Bangsa
Melayu dan/atau pengguna Bahasa Melayu itu sendiri yang dapat menentukan
keberkesanan Bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi yang penting dalam
dunia sekarang yang pesat maju?
-
Bagaimanakah caranya kita dapat menyemarakkan Bahasa
Melayu dalam arus globalisasi yang mengutamakan bahasa-bahasa seperti
Inggeris dan Mandarin umpamanya?
-
Dapatkan Bahasa Melayu mengikuti rentak masa yang
begitu cepat dan seiring dengan perkembangan teknologi canggih yang pesat
maju?
-
Di manakah peranan remaja masa kini dalam memajukan
Bahasa Melayu?
-
Apakah peranan pejuang & peneliti Bahasa dan pembuat
keputusan mutlak dalam upaya menyemarakkan Bahasa Melayu serentak masa?
Sampaikan Pendapat Anda Yang
Selama Ini
Hanya Berkumandang Di Sanubari!!
Tentunya Dengan Penuh Tata Susila
MARI KITA LANJUTKAN!!!
MARI KITA LANJUTKAN!!!
Silakan.....
"Register" atau
"Login"
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|